KORBAN DAN AQIQAH DI AFRIKA & NEGARA MINORITI MUSLIM

KORBAN DAN AQIQAH DI AFRIKA & NEGARA MINORITI MUSLIM


Marilah merasai nikmat 'memberi' dengan berkongsi sebahagian daging sembelihan Qurban & Aqiqah pada Hari Raya Aidiladha tahun ini. 

Azhar Care membuka peluang kepada seluruh umat islam di Malaysia untuk melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di luar negara yang menghadapi krisis kebuluran dan penindasan.



Pada tahun lepas, Azhar Care telah berjaya melakukan ibadah Qurban & Aqiqah di Chad, Afrika. N'Djameena merupakan kawasan pelarian islam dari Republik Afrika Tengah yang ditindas. Pembunuhan orang islam berlaku secara terbuka sehingga ada di antara mereka diperlakukan dengan kejam seperti dibunuh kemudian digoreng dan dimakan.



Suasana di sana serba daif di kawasan pelarian ini. Paling menyentuh hati apabila ada di antara mereka yang tidak putus-putus mengucap syukur dengan sembelihan yang telah diagihkan di kawasan mereka. Dengan kemurahan hati rakyat Malaysia, mereka dapat merasai keenakan daging korban yang dikongsi bersama pelarian-pelarian muslim yang lain.


Proses korban di Chad, Afrika. Antara haiwan ternakan yang disembelih adalah unta, kambing dan lembu di sana.

Pada tahun ini, Azhar Care mensasarkan untuk meluaskan lagi misi korban ke Sudan, Chad, Kenya dan India bagi membantu komuniti muslim di sana.

Dari Aisyah RA, Nabi SAW bersabda : 
“Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan manusia pada hari raya Korban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Korban. Sesungguhnya haiwan yang telah dikorbankan itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Korban itu menyentuh tanah, (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Korban itu.” (HR Tirmidzi)

Ibadah Qurban amat dituntut untuk dilakukan pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Antara hikmah, umat islam dapat berkongsi rezeki yang Allah berikan bersama insan lain dengan membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berhajat untuk mengembirakan mereka.


Sebelum penyembelihan, akan di bacakan nama-nama yang menyertai misi korban.

Cuba bayangkan, daging yang telah disedekahkan itu di makan beramai-ramai bersama keluarga pelarian mereka. Tambahan mereka sudah lama tidak merasai hidangan makanan yang lengkap. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah yang memberi rezeki buat hambanya.

Oleh itu, Azhar Care mengajak anda semua untuk menyertai Misi Korban dan Aqiqah dengan serendah RM 350 untuk satu bahagian. Setiap nama yang telah didaftarkan akan diberikan sijil dan di hantar ke rumah. 

Berikut dinyatakan harga bagi lembu, unta dan kambing untuk setiap bahagian :

+ Lembu/kerbau : RM 350/Bahagian
+ Unta : 600/Bahagian
+ Kambing : 500/seekor

Azhar Care sedaya upaya menyediakan harga yang terbaik dari pasaran di Malaysia supaya lebih ramai muslim dari segenap lapisan masyarakat dapat menyertai ibadah Korban pada setiap tahun.


Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan & Sukarelawan Alumni Azhar Mesir Malaysia


Peluang masih lagi dibuka, Azhar Care mensasarkan sebanyak 100 ekor yang akan disembelih dan diagihkan nanti. Jika tuan/puan berminat, boleh terus menghubungi Pegawai Azhar Care: 013-9999894 dan melengkapkan info bayaran pada borang ini.

Makluman :

1. Azhar Care akan menetapkan sendiri lokasi pengagihan makanan dan bantuan.
2. Penyumbang boleh memberi cadangan untuk lokasi sumbangan akan tetapi keputusan mutlak untuk pengagihan akan ditentukan oleh Azhar Care.
3. Setelah melakukan pembayaran di borang ini, sila hubungi  Person In Charge (PIC) kami di nombor yang tertera  013-9999 894. Hal ini adalah bertujuan untuk penentuan bahagian daging korban anda.
4. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
5. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
6. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  Pegawai Azhar Care : 013-9999894

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
1 Ekor Unta (RM 4200)
1 Ekor Lembu (RM 2450)
1 Ekor Kambing (RM 500)
1 Bahagian Unta (RM 600)
1 Bahagian Lembu (RM 350)
Sedekah Misi Qurban (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau
LAFAZ AKAD PENYERTAAN KORBAN : Adalah saya mewakilkan kepada AZHAR CARE untuk menyempurnakan urusan perlaksanaan ibadah Qurban/Aqiqah bagi pihak saya/waris yang bernama (ISIKAN RUANGAN NAMA DI BAHAGIAN ATAS) pada tahun ini kerana Allah.

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan sumbangan RM  ke akaun bank pilihan anda di bawah. 

Pastikan anda tulis rujukan / reference "KORBANsemasa membuat bank transfer untuk memudahkan urusan

  • Anda mesti memasukkan emel alazharcareterengganu@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AL AZHAR MALAYSIA
No. Akaun8604 4945 68
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN ALUMNI AZHAR MALAYSIA PPM-018-04-17052019
alazharcareterengganu@gmail.com
+601116350997
Ada Soalan? Tekan Ni